Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

160) PENCEGAHAN MUSUH TANAMAN PERTANIAN

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah pencegahan untuk menangani musuh tanaman seperti monyet dan babi di kawasan pertanian khususnya di kawasan Daerah Sabak Bernam dan DUN Sungai Air Tawar khasnya?

    Bagi pencegahan musuh tanaman seperti monyet dan babi, Jabatan Pertanian ada menyediakan perangkap yang boleh digunakan oleh para petani. Selepas haiwan ini berjaya ditangkap, Jabatan Pertanian akan menghubungi Jabatan Perhilitan bagi tujuan memindahkan haiwan ini ke lokasi yang lebih sesuai.

Lampiran

Tiada Lampiran.