Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

83) PENCEMARAN AIR

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri merancang mengalihkan ke tempat lain atau menutup kilang-kilang tersebut untuk mengelakkan pencemaran?

    Juga menjawab pertanyaan-pertanyaan berikut;

    1. Pertanyaan Mulut Oleh Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari berkenaan Masalah Pencemaran Air Sungai Semenyih Berulang-Ulang dan Mengakibatkan Penutupan Pusat Rawatan Air di Sungai Semenyih

    Setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah menyediakan Pelan Rancangan Tempatan bagi kawasan pentadbiran masing-masing di mana perancangan yang teratur bagi sesebuah kawasan pembangunan adalah dilaksanakan mengikut pelan guna tanah yang telah dizonkan seperti zon pertanian, perumahan, perindustrian atau lain-lain.

     

    Pemantauan dan semakan berkala dijalankan bagi pematuhan kepada Pelan Rancangan Tempatan tersebut dan sebarang perlanggaran aktiviti mengikut zon yang ditetapkan boleh diambil tindakan penguatkuasaan oleh PBT berkenaan.

    Selain itu, pengawalan dan penguatkuasaan aktiviti perindustrian ini adalah dikawalselia di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS). Namun, setiap isu pencemaran yang melibatkan tindakan pelbagai agensi teknikal ini akan dibincangkan dan diselesaikan secara bersepadu melalui pendekatan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (Integrated River Basin Management, IRBM).

     

Lampiran

Tiada Lampiran.