Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

214) PENCEMARAN AIR SUNGAI LANGAT

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Jabatan Perikanan Selangor menjalankan kajian kualiti air Sungai Langat di daerah Kuala Langat sama ada bersendirian atau dengan Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Kimia memandangkan terhadap aduan pencemaran air sungai yang menyebabkan kematian udang ternakan penternak di kawasan tersebut?

    Pihak Pusat Biosekuriti Perikanan Selangor, KLIA telah menjalankan ujian pensampelan di Sungai Langat dan telah mengambil sampel di tiga(3) lokasi berbeza sepertimana yang telah dilaporkan bermasalah kepada Jabatan Perikanan Negeri Selangor. Ujian pensampelan tersebut telah diambil di tiga(3) lokasi tersebut tanpa kehadiran Jabatan Alam Sekitar dan sampel yang telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia dan keputusan hasil ujian air di Kawasan tersebut didapati mengandungi kandungan logam berat jenis iron yang tinggi yang boleh memberi kesan negatif terhadap ternakan kolam yang terdapat di Kawasan tersebut dan juga kesihatan awam. Ujian tersebut telah disahkan oleh Jabatan Kimia Negeri Selangor.

    Untuk makluman Y.B. pihak jabatan menerima permohonan daripada Persatuan Penternak di daerah Kuala Langat bertarikh 27 November 2017 untuk menjalankan pemeriksaan kualiti air di sekitar Sungai Kuala Langat yang dipercayai mengandungi kandungan logam berat. Tiga lokasi yang telah dijalankan pemeriksaan kualiti air ialah dua daripadanya di inlet iaitu tempat kemasukan air masuk ke kolam ternakan sekitar Kuala Langat dan satu lagi lokasi di kunci air Sungai Langat. Pihak jabatan akan menjalankan pemeriksaan kualiti air berdasarkan aduan yang diterima oleh pihak pengadu.

    SISIPAN TAMBAHAN

    Pencemaran sungai merupakan isu yang kerap kali berulang dan ada di antaranya menyebabkan henti tugas loji pembersihan air. Dalam hubungan ini, Kerajaan Negeri telah melaksanakan langkah-langkah kawalan seperti berikut:

    1. Mengadakan perbincangan dan tindakan susulan melalui dua (2) jawatan kuasa yang ditubuhkan iaitu Mesyuarat Pasukan Petugas Lembangan Sungai Klang, Sungai Selangor dan Sungai Langat yang dipengerusikan oleh Pengarah LUAS dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Lembangan Sungai dan Pantai Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh

    Y.B Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor;

    • Melaksanakan dan mengemaskini inventori punca pencemaran di sungai- sungai dalam Negeri Selangor seperti Sungai Selangor, Sungai Langat dan Sungai Klang;
    • Menjalankan pemantauan statik dan pensampelan selama 24 jam di lokasi utama yang menyebabkan pencemaran. Sebagai contoh pemantauan kekeruhan di Sungai Sub dan Sungai Michu, Hulu Langat akibat daripada aktiviti pembangunan/kerja tanah tidak terkawal;
    • Melaksanakan pembinaan stesen kuantiti dan kualiti sumber air. Bagi di lembangan sungai bagi melengkapi rangkaian stesen sedia ada. Pada tahun 2018, pembangunan stesen di Sungai Langat telah siap sepenuhnya;
    • Menguatkuasa dan menjalankan pemantauan kawalan pencemaran melalui Peraturan-Peraturan Aktiviti Pengubahan Sumber (Selangor) 2013 dan Peraturan Kemasukan dan Pelepasan Bahan Pencemar (Negeri Selangor) 2012;
    • Meningkatkan pengambilan kakitangan penguatkuasaan bagi memperkasakan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan LUAS; dan
    • Menjalankan tindakan penguatkuasaan secara bersepadu bersama agensi teknikal dan Pihak Berkuasa Tempatan berkaitan dengan mengoptimumkan pelaksanaan undang-undang dan arahan bagi memastikan sumber air

     

    *Sumber maklumat diperolehi daripada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)

Lampiran

Tiada Lampiran.