Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

212) PENCEMARAN AIR SUNGAI YANG MENJADI SUMBER AIR TERAWAT

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri ke atas 4 episod pencemaran air di Negeri Selangor?

    Berikut adalah tindakan yang diambil oleh LUAS:

     

    Bil Nama Premis Tarikh kejadian Jenis Pencemaran Tindakan yang dikenakan Status Kes
    1. Devaraj a/l Shanmugam

     

     

     

     

     

    Maduraiveran Pillai a/l Nageswara

    19 Mac 2019 Membuang bahan buangan yang mengandungi minyak ke dalam kolam takungan banjir di Taman Eng Ann, Klang. Pendakwaan sedang dijalankan di Mahkamah Sesyen di Klang. OKS 1 masih dalam prosiding perbicaraan.

     

     

     

     

    OKS 2 telah mengaku salah dan dihukum denda RM 25,000.00.

    2. Syarikat Ngo Chew Hong 26 Jun 2019 Menyebabkan pelepasan atau kemasukan efluen kilang sehingga menyebabkan pencemaran bau di Sungai Semenyih. Surat Arahan diberikan kepada premis untuk menghentikan operasi kilang dan menjalankan langkah-langkah mitigasi pengawalan pencemaran. Pihak premis telah mematuhi surat arahan yang diberikan.
    3. Kumpulan Semesta Sdn Bhd 21 Julai 2019 Gagal mematuhi syarat Kebenaran Bertulis sehingga menyebabkan kemasukan atau pelepasan minyak ke dalam Sungai Selangor. Kertas siasatan telah dibuka. Kertas siasatan telah dipanjangkan kepada pihak Timbalan Pendakwaraya untuk arahan selanjutnya.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.