Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

84) PENCEMARAN ALAM SEKITAR SERIUS OLEH SEBUAH KILANG DI LOT 15217, JALAN UDANG GANTUNG, TELOK GONG, PELABUHAN KLANG

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sebuah kilang di Lot 15217, Jalan Udang Gantung, Telok Gong, Pelabuhan Klang telah sangat mencemari persekitaraan dengan sentiasa membakar tayar dan mengeluarkan minyak dan cecair kimia yang sangat berbau. Banyak aduan telah dibuat kepada Majlis Perbandaran Klang tetapi kilang tersebut masih terus melakukan pencemaran dan sangat menderita penduduk-penduduk di sekitar kawasan tersebut. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menghalang pencemaran alam sekitar yang serius tersebut terus dilakukan?

    Dimaklumkan bahawa Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor telah menjalankan siasatan terhadap kilang Green Rubber & Petroleum Sdn. Bhd. beralamat di Kampung Telok Gong, Klang, Selangor. Premis ini menjalankan aktiviti memproses tayar terpakai secara pembakaran menggunakan kaedah ”pyrolisis”. Hasil siasatan mendapati terdapat kelemahan pada Alat Kawalan Pencemaran Udara kilang yang tidak beroperasi dengan efisien. Sehubungan itu, Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor telah mengeluarkan arahan kepada pihak kilang supaya membuat pembaikan ke atas kelengkapan kawalan pelepasan udara dan kawalan terhadap carbon black yang dihasilkan.

    Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor akan terus menjalankan penguatkuasaan dan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya bagi memastikan kilang tersebut mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.