Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

86) PENCEMARAN ALAM SEKITAR SERIUS OLEH SEBUAH KILANG DI LOT 8942, JALAN BESAR, KAMPUNG TELOK GONG, 42000 PELABUHAN KLANG, SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sebuah kilang di Lot 8942, Jalan Besar, Kampung Telok Gong, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor telah mengeluarkan bau yang sangat busuk dan juga asap yang amat menyesakkan pernafasan dan menjejaskan kesihatan penduduk-penduduk bersebelahan dan murid-murid di sekolah SJK(C) Lee Min yang berdekatan. Beberapa aduan telah dikemukakan kepada pihak berkenalan tetapi tiada tindakan langsung. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mengatasi pencemaran alam sekitar ini?

    Premis yang diadu adalah kilang Tex Cycle Sdn. Bhd. yang beroperasi di Lot 8942 & 8960, Kawasan Perindustrian Telok Gong, 42000 Pelabuhan Klang. Premis ini telah dilesenkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi menjalankan aktiviti Pemerolehan Kembali Buangan Terjadual dan mula beroperasi pada 20 September 2013. Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor telah menjalankan beberapa pemeriksaan penguatkuasaan ke atas kilang tersebut dan pernah mengenakan tindakan-tindakan seperti berikut:

     

    1. Sebelas (11) kompaun telah dikeluarkan kerana kegagalan mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009; dan

     

    1. Sebanyak tiga (3) Notis Arahan juga telah dikeluarkan kepada pihak premis supaya memberhentikan pengambilan buangan yang menyebabkan bau busuk yang kuat dan mematuhi syarat-syarat lesen yang telah

    Selain itu siasatan penguatkuasaan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor ke atas kilang pada 23 April 2015 dan 18 Mei 2105 mendapati punca aduan bau busuk adalah daripada bahan buangan terjadual yang berbau yang diterima daripada kilang lain untuk diproses di premis ini. Penerimaan dan pemprosesan buangan ini mula dilakukan oleh pihak premis pada bulan April 2015 dan Jabatan ini telah mengeluarkan Notis Arahan bertarikh pada 2 Jun 2015 supaya premis Tex Cycle Sdn. Bhd. menghentikan penerimaan buangan tersebut. Berdasarkan siasatan susulan yang dilakukan pada 21 September 2015 didapati premis berkenaan telah tidak lagi menerima dan memproses buangan berkenaan.

    Seterusnya Jabatan Alam Sekitar akan sentiasa memantau operasi premis ini bagi memastikan ianya mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan mematuhi syarat-syarat lesen yang telah dikeluarkan pada setiap masa.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.