Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

16) PENCEMARAN ANAK SUNGAI DI BERANANG TERUTAMA SG JERNIH DI SESAPAN BT REMBAU BERPUNCA DARI SISTEM KUMBAHAN IWK BDR TASIK KESUMA

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Penduduk tempatan mahukan penjelasan mengapakah perkara ini masih terus berlaku walaupun pihak Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Pengairan & Saliran telahpun dimaklumkan mengenai perkara ini

    Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor telah menerima aduan pencemaran anak Sungai
    Jerneh di Sesapan Batu Rembau dari penduduk tempatan sebanyak 3 kali pada tahun
    2007. Hasil siasatan yang dijalankan oleh JAS bagi ketiga-tiga kejadian yang diadukan
    tersebut mendapati tiada kejadian pencemaran yang serius berlaku di kawasan tersebut.
    JAS juga telah membuat pemeriksaan ke atas Loji IWK Bandar Tasik Kesuma dan
    mendapati loji beroperasi seperti biasa dan dalam keadaan baik. Dari siasatan terkini
    pada 8 Ogos 2008 juga mendapati tiada kejadian pencemaran berlaku di kawasan yang
    diadu.

Lampiran

Tiada Lampiran.