Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

59) PENCEMARAN BAU KILANG TOKSIK DI BAGAN SEKINCHAN

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah status terkini kilang melebur timah tersebut?

    Kilang yang melakukan aktiviti peleburan timah tersebut adalah premis yang tidak bernama yang beroperasi di No. 163, Jalan JPT, Bagan Sekinchan, 45400 Sekinchan.  Aktiviti yang dilakukan oleh premis tersebut adalah aktiviti melebur timah bagi menghasilkan batu ladung. Berdasarkan rekod Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor, premis tersebut tidak mempunyai kelulusan Penilaian Awal Tapak dan apa-apa kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor.

    Berdasarkan siasatan terakhir yang dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor iaitu pada 06 Oktober 2016 didapati premis tersebut telah ditutup dan tiada sebarang aktiviti yang dijalankan.

    Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor dimaklumkan oleh pihak Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) bahawa pihak MDSB telah menjalankan siasatan pada 29 September 2016 dan mendapati premis tersebut adalah tidak dilesenkan dan beroperasi secara haram. Oleh itu, pihak MDSB telah menawarkan kompaun kerana menjalankan aktiviti tanpa kebenaran dan mengarahkan premis untuk memberhentikan operasinya dengan serta merta.

    Susulan daripada penutupan kilang tersebut masalah pencemaran bau tersebut tidak berlaku lagi dan tidak akan memberikan kesan pencemaran bau kepada penduduk yang berhampiran.

Lampiran

Tiada Lampiran.