Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

218) PENCEMARAN DI HULU SELANGOR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah untuk mempertingkatkan kecekapan system pemantauan di Jabatan Alam Sekitar Cawangan Gombak yang menghadapi kekurangan tenaga kerja untuk semak aduan-aduan pencemaran di Hulu Selangor.

    a) Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor Cawangan Gombak telah menyediakan satu unit khas iaitu pasukan pegawai penyiasat untuk menjalankan pemeriksaan penguatkuasaan ke atas punca-punca pencemaran, memantau isu-isu pencemaran dan menyiasat aduan-aduan pencemaran di daerah Hulu Selangor yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Di samping itu pendekatan mendapatkan kerjasama daripada pemberi maklumat pencemaran di kalangan orang awam juga dilaksanakan di mana ia dapat membantu Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor Cawangan Gombak untuk menangani masalah pencemaran di daerah Hulu Selangor. Selain dari itu, Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor di Shah Alam juga akan memantau dan menjalankan penguatkuasaan ke atas premis-premis yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar iaitu kilang kelapa sawit, kilang getah asli mentah dan premis kemudahan pengolahan serta pemerolehan kembali buangan

Lampiran

Tiada Lampiran.