Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

207) PENCEMARAN DI LOJI RAWATAN AIR SUNGAI SEMENYIH

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan statistik terkini pencemaran air di loji rawatan di Semenyih

    Secara keseluruhan statistik pencemaran air di loji rawatan di Semenyih akibat pencemaran sungai adalah sebanyak 11 kes dan dari kes-kes tersebut, terdapat 7 kes penutupan sementara loji dari tahun 2016-2019 di Sungai Semenyih.

    JADUAL 1: Statistik Kes Pencemaran 2016-2019

     

    TAHUN JUMLAH KES PENCEMARAN SUNGAI SEMENYIH JUMLAH PENUTUPAN SEMENTARA LOJI AIR
    2016 6 6
    2017 0 0
    2018 2 0
    2019 (Sehingga 30 Jun 2019) 3 1
    JUMLAH KES 11 KES 7 KES

                         

    Berikut adalah butiran berkenaan kes-kes di Jadual 1:

     

    TAHUN BILANGAN KES TARIKH JENIS PENCEMARAN PUNCA GANGGUAN OPERASI
    2016 6 22.9.2016 Bau Tidak dapat dikesan 14 Jam
    23.9.2016 Bau Tidak dapat dikesan 15 Jam
    24.9.2016 Bau Tidak dapat dikesan 8.75 Jam
    4.10.2016 Bau Premis Batu 22 ¼, Jalan Sungai Lalang 14.5 Jam
    23.10.2016 Bau Pembuangan Sisa Buangan Terjadual di CH45.9 Lebuhraya ELITE 30 Jam
    28.10.2016 Bau Tidak dapat dikesan 11 Jam
    2017 0 Tiada Tiada Tiada Tiada
    2018 2 14.1.2018 Minyak Tumpahan Diesel di 80 meter dari Empangan Semenyih Tiada
    5.11.2018 Minyak Jentera korek jatuh ke Sungai Semenyih 2 km dari muka sauk Tiada
    2019 3 11.2.2019 Sisa Buangan Terjadual Pembuangan haram tong drum di Jalan Sg Lalang Tiada
    24.5.2019 Minyak Lori membawa muatan Premix terjatuh ke Sungai Semenyih Tiada
    26.6.2019 Bau Buangan dari Ngo Chew Hong Fats & Oils (M) Sdn Bhd di sungai Rinching 14.25 Jam

     

    Nota:

    Kesemua kes di atas telah dimaklumkan secara bertulis kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.