Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

157) PENCEMARAN LOMBONG

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kawasan bekas lombong seluas 114 ekar di Taman Sri Manja, PJS 3 telah diberi milik kepada 5 pemaju. Namun kos pembiayaan rawatan lombong yang tercemar tersebut ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor; 2004-2006, kos rawatan RM3.4 juta; 2007-kini, kos rawatan 4.8 juta. Mengapakah Kerajaan Negeri terpaksa menanggung kos rawatan sedangkan tapak adalah milik persendirian sepenuhnya?

    Sebenarnya pemaju juga ada menyumbang dari segi kos dan rawatan untuk masalah pencemaran gas Hidrogen Sulfida di Tasik Lombong Taman Sri Manja. Pemaju-pemaju tersebut adalah seperti berikut:

     

                     i) Tetuan Susunan Baru Sdn Bhd –           RM 70,000.00 3 Jun 2005
    –           RM 2 juta 5 April 2007
    ii) Tetuan Peter’s Brickworks Sdn Bhd –           RM  50,000.00 5 April 2005

     

    iii) Syarikat Lagenda Kencana Sdn Bhd   –

    Mengambil alih melakukan rawatan dengan melantik kontraktor dan juga membiayai        kos rawatan bermula pada September 2005 Mei 2006.

Lampiran

Tiada Lampiran.