Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

190) PENCEMARAN LONGKANG-LONGKANG DAN PARIT-PARIT DI KAMPUNG

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Agensi manakah yang bertanggungjawab memantau kebersihan longkang-longkang dan parit-parit di kampung-kampung tradisi ?

    Kebersihan dan penyelenggaraan longkang-longkang dan parit-parit di kampung-kampung tradisi secara umumnya adalah di bawah tanggungjawab dan pemantauan oleh Pejabat Daerah/ Tanah yang berkaitan.

    Pejabat Daerah/ Tanah pula akan merujuk kepada agensi-agensi teknikal yang berkaitan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran atau Jabatan Kerja Raya bergantung kepada kes dan kedudukan sesuatu longkang serta parit seperti di atas tanah rizab JKR. Bagi kes-kes yang melibatkan pencemaran air pula adalah di bawah tanggungjawab Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).

    Longkang dan parit yang terletak di atas tanah persendirian pula adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik tanah untuk melaksanakan penyelenggaraan dan memastikan kebersihan longkang dan parit dijaga dengan baik.

Lampiran

Tiada Lampiran.