Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

207) PENCEMARAN PARIT DAN LONGKANG

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Agensi-agensi manakah yang bertanggungjawab ke atas penyelesaian dan penyelenggaraan masalah pencemaran parit-parit dan longkang di kawasan kampung?

    Penyelenggaraan parit dan longkang di kawasan kampung dibuat oleh Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) melalui kerja-kerja di bawah Pembangunan Luar Bandar. Selain itu, Melalui cabutan daripada keputusan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Bil 7/2006 yang bersidang pada 5.04.2006, penyelarasan kerja-kerja penyelenggaraan jalan, parit dan longkang dilaksanakan oleh JKR dan PBT, sementara JPS akan membuat penyelenggaraan sampah di sungai. Manakala, sampah yang terperangkap di “Monsoon Drain” akan diselenggara oleh PBT.

Lampiran

Tiada Lampiran.