Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

126) PENCEMARAN PERINDUSTRIAN TERHADAP ALAM SEKITAR RAWANG

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah yang telah kerajaan ambil untuk memastikan pencemaran perindustrian tidak menjejaskan suasana kehidupan di kawasan kediaman Rawang?

    Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor telah melaksanakan program penguatkuasaan dan pemantauan yang berterusan terhadap premis-premis yang mencemar di daerah Rawang. Berdasarkan rekod terdapat sebanyak 320 premis yang berpotensi menyebabkan pencemaran di daerah Rawang dan premis-premis ini telah dilawat oleh pegawai-pegawai penguatkuasa daripada JAS sepertimana program penguatkuasaan yang telah dirancang.

    Bagi premis-premis yang gagal mematuhi Akta Kualiti Alam Sekelling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya, Jabatan Alam Sekitar akan mengeluarkan Notis Arahan supaya ianya mengambil tindakan sewajarnya bagi mengatasi atau mengawal pencemaran yang berlaku. Selain daripada itu, pihak premis akan dikenakan tindakan kompaun dan tindakan mahkamah sebagai denda atas kesalahan yang dilakukan.

    Bagi premis industri di kawasan Rawang, pada tahun 2016 sehingga 15 Ogos 2018 Jabatan Alam Sekitar telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap 24 industri yang telah menyebabkan pencemaran dengan mengeluarkan sebanyak 24 Notis Arahan, 35 tawaran kompaun dan 4 Kertas Siasatan untuk mengambil tindakan mahkamah manakala 6 kes pula telah diambil tindakan penahanan operasi di bawah di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Lampiran

Tiada Lampiran.