Pencemaran Sungai

108) Pencemaran Sungai

Tahun:

Sesi:

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan tindakan yang telah/sedang diambil ke atas pesalah-pesalah yang disyaki mencemar Sungai Gong/Sungai Selangor pada bulan September 2020 dan Sungai Semenyih pada bulan Oktober 2020 sehingga menyebabkan henti tugas LRA masing-masing.

    Tindakan yang sedang diambil ke atas pesalah-pesalah yang disyaki mencemar Sungai Gong/Sungai Selangor pada bulan September 2020 adalah seperti berikut:

    i. Pertuduhan di bawah Seksyen 430, Kanun Keseksaan; dan
    ii. Pertuduhan di bawah Seksyen 25(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling,1974

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, pertuduhan-pertuduhan tersebut dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya Negeri Selangor di mana kes telah disebut buat kali pertama di Mahkamah Sesyen Selayang pada 15 September 2020.

    Berhubung kes pencemaran yang berlaku di Sungai Semenyih baru-baru ini, Jabatan Alam Sekitar (JAS) masih meneruskan siasatan berhubung pembuangan sisa organik berhampiran kawasan perindustrian Nilai, Negeri Sembilan yang disyaki sebagai punca utama menyebabkan pencemaran bau sehingga membawa kepada henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sg. Semenyih dan LRA Bukit Tampoi pada 4 Oktober 2020.

Lampiran

Tiada Lampiran.