Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

57) PENCEMARAN SUNGAI

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan usaha kerajaan dalam menangani isu pencemaran sungai.

    Pencemaran sungai merupakan isu yang kerap kali berulang dan ada di antaranya menyebabkan henti tugas loji pembersihan air. Bagi mengelakkan isu pencemaran ini berulang, Kerajaan Negeri telah melaksanakan langkah-langkah kawalan seperti berikut :

    1. Mengadakan perbincangan dan tindakan susulan melalui dua (2) jawatan kuasa yang ditubuhkan iaitu Mesyuarat Pasukan Petugas Lembangan Sungai Klang, Sungai Selangor dan Sungai Langat yang dipengerusikan oleh Pengarah LUAS dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Lembangan Sungai dan Pantai Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh Y.B Dato‟ Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor;
    2. Melaksanakan dan mengemaskini inventori punca pencemaran di sungaisungai dalam Negeri Selangor seperti Sungai Selangor, Sungai Langat dan Sungai Klang;
    3. Menjalankan pemantauan statik dan pensampelan selama 24 jam di lokasi utama yang menyebabkan pencemaran. Sebagai contoh pemantauan kekeruhan di Sungai Sub dan Sungai Michu, Hulu Langat akibat daripada aktiviti pembangunan/kerja tanah tidak terkawal;
    4. Melaksanakan pembinaan stesen kuantiti dan kualiti sumber air. Bagi di lembangan sungai bagi melengkapi rangkaian stesen sedia ada. Pada tahun 2016, pembangunan stesen di Sungai Selangor sedang dalam peringkat pelaksanaan dan akan diikuti oleh Sungai Langat bagi tahun 2017;
    5. Meningkatkan pengambilan kakitangan penguatkuasaan bagi memperkasakan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan LUAS, dan
    6. Menjalankan tindakan penguatkuasaan secara bersepadu bersama agensi teknikal dan Pihak Berkuasa Tempatan berkaitan dengan mengoptimumkan pelaksanaan undang-undang dan arahan bagi memastikan sumber air terpelihara.

Lampiran

Tiada Lampiran.