Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

23) PENCEMARAN SUNGAI

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan punca-punca penutupan loji rawatan air Semenyih pada September 2016 dan impaknya.

    Loji Pembersihan Air (LPA) Sungai Semenyih telah mengalami henti tugas sebanyak 4 kali pada 22, 23, 24 September dan 4 Oktober 2016 berpunca daripada pencemaran bau sehingga 12 ton yang dikenalpasti adalah daripada pelepasan sisa industri di Sungai Semenyih. Dianggarkan sebanyak 1.8 juta pengguna mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual kesan daripada pencemaran tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.