Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

242) PENCEMARAN SUNGAI

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Penjelasan tentang pemantauan agensi berkaitan pencemaran sungai khususnya Sungai Semenyih.

    1. Memastikan sumber air di Selangor sentiasa bersih dan selamat untuk digunakan adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), pemantauan dan siasatan (berkala dan tidak berkala) dijalankan bagi memastikan sumber air dipelihara daripada pelbagai aktiviti yang memberikan kesan negatif kepada kuantiti dan kualitinya.

     

    Dalam pada itu, usaha penjagaan dan pemuliharaan sumber air dilaksanakan melalui jawatankuasa-jawatankuasa yang telah ditubuhkan :

     

    1. Jawatankuasa Pengurusan Lembangan Sungai,

     

    1. Pasukan Petugas Lembangan Sungai, dan

     

    • Jawatankuasa Kecemasan Pencemaran Sumber

     

    Penguatkuasaan kuasa perundangan yang diperuntukkan dilaksanakan dalam penjagaan sumber air, antaranya :

     

    1. pelesenan Kemasukan    Atau    Pelepasan     Bahan    Pencemar                     (Negeri Selangor) 2012,

     

    1. pemberian Kebenaran Bertulis bagi Aktiviti Pengubahan Sumber, semua aktiviti yang dijalankan melibatkan badan air, dan

     

    • pengeluaran Notis Pemberitahuan Kesalahan, Kompaun dan pendakwaan bagi setiap kesalahan yang berkaitan dengan sumber

     

    Selain itu, beberapa program sedang dilaksanakan, antaranya :

     

    1. Mewartakan kawasan rizab sungai sebagai zon perlindungan bagi tujuan kawalan fizikal dan kualiti air sungai,

     

    1. Menyediakan daftar sumber air Negeri untuk tujuan kawalan dan penguatkuasaan,

     

    • Kajian semula inventori pemetaan pencemaran dengan penganalisaan risiko tahap pencemaran dan menetapkan syarat yang lebih ketat, dan
    Pembangunan DecisionSupportSystem,             (DSS)bagi           pengurusan

    Lembangan Sungai Selangor secara holistik.

    MAKLUMAT TAMBAHAN

    • Pelesenan Kemasukan Atau Pelepasan Bahan Pencemar (Negeri Selangor) 2012

    melibatkan 7 Aktivti Berjadual iaitu akuakultur udang laut, akuakultur air tawar, kawasan pembangunan atau kerja tanah, penternakan selain babi, penternakan babi, haiwan kesayangan dan pencucian pasir/kuari.

     

    Ø    Pengeluaran Notis Pemberitahuan Kesalahan, Kompaun dan Pendakwaan.

    Untuk kes pencemaran minyak Sungai Selangor yang berlaku pada Ogos 2013, pendakwaan telah dibuat dan kini kes Selangor tersebut sedang dalam peringkat perbicaraan di Mahkamah Shah Alam.

     

    Ø    Pewartaan kawasan rizab sungai sebagai zon perlindungan.

    Tiada aktiviti berisiko tinggi yang berpotensi menyumbang kepada pencemaran air sungai dibenarkan di kawasan rizab sungai yang telah diwartakan. Sungai Selangor telah pun diwartakan. Sungai Langat, Sungai Semenyih dan anak-anak sungai lain sedang dalam tindakan pewartaan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Negeri Selangor;

     

    • Pembangunan DecisionSupportSystem, (DSS)

    pelepasan air empangan akan dilaksanakan secara optima dengan mengambilkira keadaan semasa aliran sungai dan juga ramalan hujan

     

    di kawasan tadahan. Pembangunan DSS ini juga akan direplikasi kepada lembangan lain secara berfasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.