Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

123) PENCEMARAN SUNGAI

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah pencemaran sungai dan longkang serta saliran di kawasan luar bandar?

    Kerajaan Negeri melalui LUAS sentiasa menjalankan pemantauan di lembangan sungai dalam memastikan sumber air terpelihara. Punca-punca pencemaran yang dikenal pasti bukan sahaja di kawasan yang pesat membangun tetapi termasuk kawasan luar bandar yang kebanyakannya merupakan kawasan tadahan air. Inisiatif Kerajaan Negeri melalui LUAS bagi mengatasi masalah pencemaran sungai dan longkang serta saliran di kawasan luar bandar adalah dengan mempergiat dan memperkasakan program kesedaran awam di kalangan komuniti sungai seperti pelaksanaan Friends of River (FoR) dengan kerjasama agensi PBT dan PDT. Pelaksanaan inisiatif FoR di peringkat Negeri Selangor telah dilancarkan di 30 lokasi FoR pada 26 September 2020 yang mana turut melibatkan komuniti di kawasan luar bandar.Program FoR ini bagi mewujudkan komuniti sungai yang prihatin dalam penjagaan dan perlindungan sumber air.

Lampiran

Tiada Lampiran.