Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

136) PENCEMARAN SUNGAI

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah insentif oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah pencemaran sungai dan longkang serta saliran di kawasan luar bandar?

    LEMBAGA URUS AIR SELANGOR

    Adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan sumber air di Selangor sentiasa bersih dan selamat untuk digunakan. Pelbagai usaha telah diambil untuk mengimbangkan pembangunan yang pesat dan penjagaan sumber air.

    Berkaitan insentif oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi pencemaran, Kerajaan Negeri melalui LUAS telah menubuhkan Jawatankuasa Pemuliharaan Sungai-sungai Negeri Selangor yang dipengerusikan YB. EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam bagi mempergiatkan usaha dan menggalakkan penglibatan agensi, komuniti, NGO dan pihak berkepentingan dalam aktiviti pemuliharaan sungai-sungai di Negeri Selangor. Melalui Jawatankuasa ini, antara program yang dirancang adalah penubuhan Friends of River di mana program ini meliputi seluruh kawasan di Negeri Selangor yang menggalakkan penglibatan komuniti setempat memelihara dan memulihara sungai/ sumber air di kawasan masing-masing. Bagi tahun 2020, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM400,000.00 bagi Jawatankuasa ini melaksanakan program-program pemuliharaan sungai di negeri ini.

    JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI SELANGOR

    Pada masa kini, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran tidak menyediakan insentif bagi mengatasi masalah pencemaran sungai dan longkang serta saliran di kawasan luar bandar. Namun begitu, bagi penjagaan parit atau saliran di kawasan pengairan seperti di Daerah Kuala Selangor dan Daerah Sabak Bernam, pihak jabatan telah melantik Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan parit dan saliran di dalam kampung masing-masing.

Lampiran

Tiada Lampiran.