Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

244) PENCEMARAN SUNGAI – SUMBER UTAMA BEKALAN AIR MENTAH

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Dr. Hasan Bin Mohamed Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kebanyakan sungai di Negeri Selangor yang menjadi sumber utama bekalan air mentah didapati tercemar dan mengancam penduduk negeri ini. Bahagian air bersih di kebanyakan sungai semakin pendek akibat aktiviti guna tanah yang terlalu tinggi terutama pembangunan kawasan perumahan. Apakah tindakan yang diambil untuk mencegah sungai yang menjadi sumber air mentah mempunyai bahagian air bersih yang semakin mengecil dan sebahagiannya dikira sebagai sungai mati?

    Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) merupakan agensi Kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawab untuk menguruskan lembangan sungai dan perairan pantai di Negeri LUAS telah membentangkan satu Kertas Posisi Strategi Pengurusan Sungai di dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah LUAS Bil.1/2012 bertarikh 20 Februari 2012. Kertas ini telah diangkat ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) pada 23 Mei 2012 dan telah diluluskan pada 30 Mei 2012. Kertas ini juga telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor pada 13 Ogos 2012.

     

    Antara Strategi Pengurusan Sungai Negeri Selangor adalah seperti berikut:

     

    1. Memastikan pembangunan yang dijalankan mengambil kira elemen semulajadi sungai dengan mengekalkan ciri-ciri fizikalnya iaitu tidak dilencongkan, dijajarkan, dialihkan, dikecilkan, dikambus dan Konsep “Pembangunan Mengikut Fizikal Sungai” perlu dilaksanakan di peringkat perancangan. Setiap aktiviti pembangunan perlulah dijalankan penilaian impak alam sekitar dan bukannya kajian kejuruteraan sahaja;

     

    • Memastikan projek pembangunan yang dijalankan mematuhi Pelan Kawalan Hakisan dan Sedimen (ESCP) dan aplikasi Manual Saliran Mesra Alam (MSMA). Dalam hubungan ini, pihak pemaju dikehendaki memastikan langkah pengawalan terhadap aliran puncak (peak discharge);

     

    • Memastikan pengawalan aktiviti pembangunan di kawasan rizab sungai dengan pewartaan rizab sungai sebagai ‘zon perlindungan“,

     

     

    iV.

    Memastikan projek pembinaan struktur merentasi sungai seperti jambatan, lebuhraya dan sebarang lintasan adalah memberikan kesan yang minima terhadap sungai;

     

     

    1. Mengekalkan dan    memelihara     tumbuh-tumbuhan     semulajadi     seperti

    ’riparian plant’ di sepanjang tebing sungai yang bersifat mesra alam; dan

     

     

    Vİ.

    Mencadangkan supaya penyelarasan dan pengemaskinian maklumat dalam dasar/manual sedia ada supaya selari dengan keperluan dalam Enakmen LUAS 1999 bagi tujuan pemeliharaan sumber air.

     

     

    Mana-mana aktiviti pembangunan yang ingin dijalankan di Negeri Selangor samada melibatkan atau berhampiran sumber air perlulah mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah LUAS sebelum kerja-kerja tapak dijalankan. Ini adalah selaras dengan Seksyen 43 Enakmen LUAS 1999.

     

    Pemantauan dan tindakan ke atas kesalahan atau pencemaran sumber air Negeri Selangor dilaksanakan melalui dua (2) jawatankuasa yang ditubuhkan, iaitu Jawatankuasa Pengurusan Lembangan Sungai Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh Y.B. Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri dan juga Pasukan Petugas Mengawal Pencemaran Lembangan Sungai Klang, Selangor dan Langat yang dipengerusikan oleh Pengarah LUAS.

     

    Maklumat Tambahan

     

    Terdapat beberapa seksyen lain yang boleh digunapakai di dalam Enakmen ini bagi tujuan kawalan pencemaran sumber air. Ianya adalah seperti berikut:

     

    Seksyen 41(2) : Larangan gangguan pada aliran semulajadi; Seksyen 42(1) : Larangan pelencongan air dari sungai;

    Seksyen 43(1) : Aktiviti pengubahan sumber perlu dengan Kebenaran;

    Seksyen 70(1) : Larangan pembinaan struktur, dinding atau lapis lindung sungai; dan

    Seksyen 79(1) : Larangan pencemaran suatu sumber air.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.