Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

225) PENCEMARAN SUNGAI-SUNGAI DI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status pencemaran sungai-sungai utama di Selangor? Bagaimana JPS memantau perkara berkaitan? Nyatakan peruntukkan (Persekutuan dan Negeri) bagi tangani perkara ini bermula tahun 2005 sehingga kini.

    Maklumat bagi tahap kualiti air sungai-sungai utama di Selangor adalah melibatkan Akta Alam Sekitar dan di bawah bidang kuasa Jabatan Alam

     

    JPS tidak memperolehi peruntukan khas bagi masalah pencemaran sungai ini, namun melalui program 1 sungai 1 daerah, pelbagai kempen dan program kesedaran kepada masyarakat umum berhubung isu pencemaran sungai ini telah dijalankan. Hasil daripada program yang dijalankan didapati tahap pencemaran sungai-sungai utama di Selangor adalah pada tahap 3 dan 4.

     

    Pihak JPS juga ada melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan sungai merangkumi kerja-kerja pembersihan sampah yang dilaksanakan melalui peruntukan mengurus.

     

    Bermula tahun 2012 juga, JPS telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa “Masalah Sampah Di Sungai Klang” yang dipengerusikan oleh Datuk SUK.

     

     

    Secara keseluruhannya, tahap pencemaran sumber air di Negeri Selangor adalah masih terkawal. Setiap kes pencemaran adalah diberi perhatian dan tindakan segera supaya ianya tidak menjejaskan keperluan masyarakat.

     

    Berdasarkan Indeks Kualiti Air (IKA) yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) daripada tahun 2000 sehingga Ogos 2012, secara keseluruhannya kualiti tiga (3) lembangan sungai utama di Negeri Selangor iaitu Lembangan Sungai Langat, Lembangan Sungai Selangor dan Lembangan Sungai Klang meningkat saban tahun. IKA bagi Sungai Langat meningkat daripada 68 kepada 76 walaupun masih pada kelas ketiga di dalam kategori sederhana tercemar. Indeks bagi Sungai Selangor pula meningkat daripada 81 kepada 86 pada kelas kedua, di dalam kategori bersih. Manakala indeks bagi Sungai Klang meningkat daripada 53 di dalam kategori tercemar, kepada 72 di dalam kategori sederhana tercemar, walaupun masih berada di dalam kelas ketiga.

     

     

     

    Bagi memelihara sumber air dan lembangan sungai daripada isu-isu pencemaran, kerja-kerja pemantauan dan penguatkuasaan berterusan dijalankan melalui jawatankuasa-jawatankuasa yang telah ditubuhkan iaitu:

     

    1. Jawatankuasa Pengurusan Lembangan Sungai yang dipengerusikan oleh Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri,

     

    1. Pasukan Petugas Mengawal Pencemaran Lembangan Sungai Klang, Lembangan Sungai Langat dan Lembangan Sungai Selangor, yang dipengerusikan oleh Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS); dan

     

    • Jawatankuasa Kecemasan Pencemaran Sumber Air, yang dipengerusikan oleh EXCO Infrastruktur dan Kemudahan

     

     

    Peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri daripada tahun 2005 kepada LUAS untuk berfungsi sepenuhnya menjalankan tugas di dalam pengurusan sumber air termasuk menangani pencemaran adalah seperti jadual di bawah:

     

    Tahun Peruntukan (RM)
    2005 2,556,990
    2006 2,240,726
    2007 2,707,586
    2008 2,907,363
    2009 4,176,080
    2010 5,131,341
    2011 5,527,232
    2012 5,400,000

     

    Peruntukan ini meliputi keperluan operasi, emolumen, siasatan dan juga tindakan penguatkuasaan LUAS. Pengurusan kewangan LUAS ini diaudit dan dibentangkan di dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Lembaga Urus Air Selangor serta di dalam dewan. Pengurusan kewangan LUAS ini telah menerima sijil bersih.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.