Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

69) PENCEMARAN UDARA DAN AIR

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah tindakan yang dikeluarkan kepada premis atau kilang yang menyebabkan pencemaran udara dan air di Selangor pada tahun 2014?

    JAWAPAN DARI JAS

     Jumlah tindakan undang-undang yang telah diambil oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor kepada premis atau kilang pada tahun 2014 di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 adalah seperti berikut:-

    • Tindakan mahkamah – 40 kes;
    • Tawaran kompaun – 589 kes; dan
    • Notis Arahan – 715 kes.

    JAWAPAN DARI LUAS

    Jumlah tindakan yang diambil oleh pihak LUAS terhadap premis yang menyebabkan pencemaran air adalah sebanyak 68 Notis Pemberitahuan Kesalahan dan 8 Kompaun dikeluarkan pada tahun 2014.

Lampiran

Tiada Lampiran.