Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

223) PENCEROBOH TANAH

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Penceroboh tanah kerap berlaku di kawasan Bandar Country Homes, Sungai Bakau dan Batu Arang, nyatakan tindakan yang telah diambil dan akan diambil.

    Bagi kawasan-kawasan yang telah dinyatakan, pihak Pejabat Daerah Dan Tanah Gombak telah mengambil pelbagai inisiatif bagi mengawal pencerobohan tanah Antara langkah yang telah dilaksanakan adalah penyampaian notis, pemasangan papan tanda larangan menceroboh dan juga operasi perobohan selain daripada perampasan jentera. Dalam masa yang sama, pihak Pejabat Daerah Dan Tanah Gombak turut melaksanakan pemantauan sebagai aspek kawalan.

Lampiran

Tiada Lampiran.