Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

33) PENCEROBOHAN HUTAN

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Umum memaklumi sebahagian daripada kawasan Dewan Undangan Negeri Permatang menghadapi masalah pencerobohan hutan dan penerokaan tanah yang telah berlarutan sekian lama. Berapakah jumlah sebenar keluasan kawasan penerokaan yang terlibat?

    Terdapat empat(4) kawasan Hutan Simpan Kekal yang terletak di dalam DUN
    Permatang iaitu Hutan Simpan Raja Musa, Hutan Simpan Sungai Karang, Hutan
    Simpan Banjar Utara dan Hutan Simpan Bukit Belata Tamabahan (Bukit Tunggal)
    dengan jumlah keluasan 81,351.98 ha. Penerokaan berlaku di Hutan Simpan Raja Musa
    seluas 565 ha dan Hutan Simpan Bukit Belata Tambahan seluas 32 ha. Manakala
    seluas 1,521 ha kawasan di Hutan Simpan Sungai Karang telah lama diteroka untuk
    kawasan perkampungan dan tanaman pertanian sebelum pewartaannya sebagai hutan
    simpan pada 8.1.1990.

Lampiran

Tiada Lampiran.