Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

59) PENCEROBOHAN KAWASAN HUTAN SIMPAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini tentang masalah pencerobohan hutan simpan Raja Musa bersebelahan ladang Hopefull, mukim Ulu Tengi?

    Luas kawasan Hutan Simpan Raja Musa adalah seluas 23,486.43 ha. Pada
    masa ini pihak Jabatan telah mengenal pasti kawasan seluas 667.94 ha yang
    telah diteroka untuk pertanian.Tiada kes pembalakanharamyang dikesan selain
    daripada penerokaan untuk pertanian. Bagaimanapun, terdapat satu kes
    pembalakan haram dalam kawasan tanah kerajaan yang berhampiran dengan
    Kompartmen 32 Hutan Simpan Raja Musa. Pembalakan haram ini juga ada
    kaitan dengan pembukaankawasan untuk pertaniantanpa kebenaran.

Lampiran

Tiada Lampiran.