Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

245) PENCEROBOHAN KAWASAN HUTAN SIMPAN

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan kawasan hutan simpan yang masih terdapat aktiviti pencerobohan walaupun pelbagai langkah dan tindakan telah dilakukan oleh pihak Jabatan Perhutanan mengikut pecahan daerah?

    Kawasan hutan simpan yang masih terdapat aktiviti pencerobohan telah dikenal pasti dan dalam proses mengambil tindakan penguatkuasaan ditunjukkan seperti jadual berikut mengikut pecahan daerah. Sehingga kini Jabatan telah mengambil tindakan ke atas pencerobohan di Hutan Simpan Raja Musa seluas 770 hektar dalam tempoh 4 Disember 2008 hingga bulan 29 Oktober 2009. Lain-lain kawasan pencerobohan telah pun di bentangkan dalam MMKN dan akan diambil tindakan bermula Januari 2010.

     

     

    Bil. Hutan Simpan Luas (ha) Daerah Pentadbiran
    1 Sungai Karang 1,434.00 Sabak Bernam
    2 Kuala Langat Utara 33.25 Kuala Langat
    3 Kuala Langat Selatan 124.28 Kuala Langat/Sepang
    4 Kapar 50.00 Kuala Selangor/Klang
    5

     

    Bukit Lagong

     

    99.00

     

    Gombak

     

     

     

     

     

    6 Hulu Gombak 104.00 Gombak
    7 Ampang 1.80 Gombak
    8 Sungai Lalang 48.74 Hulu Langat
    9 Air Hitam 2.20 Petaling
    10 Bukit Sungai Puteh 0.40 Hulu Langat
    11 Bukit                   Belata

    Tambahan

    32.00 Hulu Selangor
    12

    13

    14

    15

    Bukit Cherakah

    Jugra

    Hulu Langat

    Pantai Remis

    50.00

    8.00

    146.00

    0.30

    Petaling

    Kuala Langat

    Hulu Langat

    Kuala Selangor

      Jumlah + 2,034.00  

Lampiran

Tiada Lampiran.