Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

306) PENCEROBOHAN TANAH KERAJAAN DI BUKIT BERUNTUNG

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan kerajaan terhadap pencerobohan tanah milik kerajaan seluas 60 hektar di Bukit Beruntung, Hulu Selangor yang telah dicerobohi warga asing untuk tujuan pertanian sejak 10 tahun yang lepas dan didedahkan oleh Berita Harian pada September 2019?

    Pencerobohan tanah yang berlaku di Bukit Beruntung melibatkan seluas lebih kurang 80 hektar tanah di mana hanya lebih kurang 12 hektar melibatkan tanah kerajaan dan selebihnya (68 hektar) merupakan tanah milik persendirian. 12 hektar tanah kerajaan yg diceroboh merangkumi tanah rizab jalan, rizab TNB dan rizab tanah lapang.

    Pada 29 Julai 2019, Notis dibawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara telah dikeluarkan dan disusuli dgn Notis Peringatan pada 20 Ogos 2019. Pada September 2019, sebahagian tanah kerajaan yang diceroboh dikeluarkan Lesen Pendudukan Sementara iaitu seluas 1.75 ekar yang terletak di bawah rentis talian elektrik TNB. Selepas pengenalpastian sempadan tanah kerajaan dan tanah milik dibuat, satu operasi bersepadu bersama beberapa jabatan dan agensi kerajaan yang lain iaitu Polis Diraja Malaysia, Pejabat Tanah dan Galian Selangor, Majlis Daerah Hulu Selangor, Tenaga Nasional Berhad, Air Selangor, dan Jabatan Imigresen Negeri Selangor telah diadakan pada 2 dan 3 Oktober 2019.

    Bagi mengelakkan masalah pencerobohan tanah kerajaan ini daripada berulang, pihak Majlis Daerah Hulu Selangor dan Pejabat Daerah/ Tanah Hulu Selangor bekerjasama menjalankan rondaan berkala di tapak tersebut.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.