Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

183) PENCEROBOHAN TANAH-TANAH NEGERI

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan pendirian kerajaan negeri terhadap tanah-tanah negeri yang telah di ceroboh sama ada oleh pihak perseorangan ataupun kumpulan-kumpulan tertentu.

    Kerajaan Negeri telah mengarahkan Pejabat Tanah dan Galian Selangor dan Pejabat Tanah Daerah menjalankan aktiviti penguatkuasaan bagi menghalang individu atau mana-mana kumpulan menceroboh tanah Kerajaan Negeri. Aktiviti penguatkuasaan ini dijalankan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah

     

    Satu pasukan penguatkuasaan khas telah diwujudkan bersama agensi-agensi kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengatur operasi penguatkuasaan ke atas pencerobohan secara individu/berkumpulan dengan mengenakan kompaun kepada pesalah-pesalah yang diberkas dan mendakwa kesalahan pencerobohan tersebut di mahkamah.

     

    Terbaru, Pejabat Tanah Dan Galian Selangor telah mengadakan Bengkel Pemantauan ‘SOP’ Penguatkuasaan Bersepadu Negeri Selangor Bersama Pejabat Tanah Daerah, PDRM, SPRM dan APNM bagi memastikan kerja-kerja pengusiran pencerobohan tanah Kerajaan dilakukan secara teratur dari segi undang-undang dan teknikal.

Lampiran

Tiada Lampiran.