Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

125) PENCURIAN PASIR DAN BATU PASIR DI SELURUH NEGERI SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pencurian pasir dan batu pasir di Negeri Selangor tidak dapat dikawal dan semakin serius. Walaupun masalah ini telah lama wujud, tetapi masalah ini masih tidak dapat diselesaikan. Apakah sebabnya?

    Masalah pencurian pasir tidak dapat diselesaikan kerana faktor-faktor berikut:

    i) Penggunaan ‘tonto’ oleh pengusaha haram yang bertindak untuk mengawal dan menghalang pergerakan pegawai dan anggota penguatkuasaan menjalankan tugasan;

    ii) Sikap tidak bertanggungjawab oleh pihak sebahagian operator / pengusaha pasir yang dikeluarkan permit. Contohnya, penipuan maklumat di dalam rekod pengeluar / doket palsu bagi mengelirukan pihak penguatkuasa; dan

    iii) Kawasan operasi pengambilan pasir tidak ditentukan dengan jelas. Ini
    menyebabkan pengusaha menceroboh ke tanah milik dan tanah Kerajaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.