Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

124) PENDAFTARAN DAN TINDAKAN MELALUI ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1988

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Statistik pendaftaran sekolah agama Islam dan tindakan yang telah dikenakan melalui Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1988.

    1. Statistik pendaftaran sekolah agama Islam adalah seperti berikut;

     

    BIL JENIS SEKOLAH JUMLAH

    (BUAH)

    SEKOLAH AGAMA NEGERI (SAN)
    1. Pra Sekolah 13
    2. Sekolah Rendah Agama (SRA) 227
    3. Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) 11
    4. Sekolah Agama Menengah (SAM/ SAMT 23
    5. Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) 4
    SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN NEGERI (SABKN
    6. Kelas Al Quran dan Fardhu Ain (KAFA) 296
    7. Kelas KAFA Menengah (di SRA & Masjid) 29
    SEKOLAH ISLAM PERSENDIRIAN/ SWASTA
    8. Tadika Islam Persendirian 180
    9. Sekolah Rendah Islam Persendirian (SRI) 219
    10. Sekolah Rendah Islam Integrasi Persendirian (SRII) 96
    11. Sekolah Menengah Islam Persendirian (SMI) 54
    12. Institut Tahfiz Persendirian 369
    13. Pusat Pengajian Pondok (Turath) Persendirian 9
    14. Pusat Tuisyen Pendidikan Islam 69
    JUMLAH KESELURUHAN 1599

     

     

     

    Antara tindakan yang telah diambil adalah seperti berikut;

     

    1. Memberikan khidmat nasihat dan bimbingan

     

    1. Mengeluarkan surat peringatan

     

    • Tindakan Henti operasi:

             1 buah sekolah diarahkan henti operasi; dan

             7 buah sekolah secara sukarela setelah diberi bimbingan dan khidmat nasihat.

     

    1. Tutup: 5 buah sekolah yang didapati tidak lagi beroperasi.

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.