Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

235) PENDAFTARAN KONTRAKTOR

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini usaha pendaftaran kontraktor-kontraktor dan pembekal-pembekal oleh kerajaan Selangor dan berapa ramai kontraktor dan pembekal kredibel yang telah didaftarkan oleh kerajaan sehingga sekarang?

    Sehingga kini, Urus setia Pendaftaran Kontraktor sedang memasukkan semua data-data yang diperoleh dan sehingga hari ini lebih kurang 4,000 data telah dimasukkan. Datadata dimasukkan mengikut fasa dan senarai kontraktor telah dikemukakan kepada semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor.

     

    Sebelum ini Senarai Kontraktor sentiasa dikemas kini dari masa ke masa dan dikeluarkan secara bulanan. Kini, semua PTJ dan PBT dalam proses untuk menerima kata laluan untuk membolehkan mereka terus mengakses Sistem Pendaftaran Kontraktor/Pembekal Negeri Selangor.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.