Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

245) PENDAPATAN BOLEHGUNA (DISPOSABLE INCOME)

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah kerajaan negeri membantu rakyat dalam menghadapi kenaikan harga barang-barang dalam bentuk pendapatan boleh guna (diposable income)?

    Walaupun kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk mengawal kenaikan harga barang-barang, di mana kuasa mengawal kenaikan harga tersebut terletak di atas tangan Kerajaan Persekutuan. Akan tetapi kerajaan negeri mengambil berat tentang masalah kebanyakan rakyat Selangor yang terperangkap dalam ’masalah                   pendapatan       sederhana’                               (’middle-incometrap’).

     

    Dengan itu, kerajaan Selangor telah melancarkan 14 program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dan ini telah banyak membantu rakyat terutama yang berpendapatan RM1500 dan ke bawah.

     

    Program-program tersebut menampung beban keperluan asas rakyat Selangor, contohnya program air percuma sebanyak 20 meter sepadu setiap, Skim   Bantuan   Tadika   Selangor   atau   ringkasnya   TUNAS   yang menampung yuran TADIKA kanak-kanak Selangor yang layak, SKIM BANTUAN ASUHAN RAKYAT atau ringkasnya SI KEMBAR yang memberi bantuan yuran TASKA atau Nurseri anak-anak Selangor berlayak yang berusia 4 tahun ke bawah setiap bulan.

     

    Selain itu, kerajaan negeri   juga   menyediakan   program-program   seperti Skim   Mikrokredit   Selangor   atau   ringkasnya   Skimsel   dan   Mikrokredit Miskin Bandar Selangor atau ringkasnya MiMBAR untuk meningkatkan pendapatan golongan miskin Selangor dan membebaskan mereka dari kitaran kemiskinan.

     

    Di samping itu, kerajaan negeri melalui Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) menganjurkan program laman dapur yang meningkatkan pendapatan suri rumah di Selangor.

     

    Usaha-usaha tersebut adalah satu usaha kerajaan negeri untuk memberi bantuan untuk menampung beban kehidupan harian dan juga meningkatkan pendapatan sampingan rakyat Selangor. Dan ini akan membantu rakyat meningkatkan           pendapatan      boleh      guna                                        mereka.

     

     

     

    Sehingga sekarang seramai 6,213,333 orang telah menikmati   faedah program merakyatkan ekonomi Selangor dan kerajaan negeri telah membelanjakan sebanyak RM 766,913,379.07 untuk program MES.

     

    Kerajaan negeri juga mengamalkan konsep “value for money” dalam pengurusan kewangan supaya setiap nilai wang akan dibelanjakan secara berhemah,contohnya kerajaan negeri memberikan 25% diskaun cukai pintu untuk flat kos rendah dan ia adalah daripada penjimatan yang Kerajaan Negeri perolehi kesan daripada   pengurusan   penyelenggaraan   sampah sendiri tanpa menggunakan khidmat Alam Flora.

Lampiran

Tiada Lampiran.