Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

99) PENDAPATAN NEGERI

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Dari sumber manakah merupakan hasil pendapatan negeri tertinggi dan nyatakan jumlahnya?

    Sumber hasil pendapatan Kerajaan Negeri tertinggi sehingga 31 Disember 2012 adalah daripada kutipan hasil Premium Tanah berjumlah RM869,939,568.97. Hasil kutipan Premium Tanah merupakan Hasil Bukan Cukai di bawah perihal Perolehan Dari Jualan Barang-Barang.

    Jadual 1: Hasil Negeri Selangor Sehingga 31 Disember 2012

    PERIHAL RM
    Cukai Tanah 463,523,574.70
    Cukai Parit & Taliair 24,858,118.56
    Cukai Hasil Hutan 25,233,882.47
    Royalti Air 0.00
    Cukai Hiburan 39,481,564.49
    HASIL CUKAI 553,097,140.22
    Bayaran Pendaftaran, Lesen dan Permit 58,543,173.33
    Perkhidmatan Dan Bayaran 118,915,464.29
    Perolehan Dari Jualan Barang-Barang 873,179,926.16
    Sewaan 6,151,465.14
    Keuntungan Pembiayaan Dan Perolehan 60,132,980.62
    Denda dan Hukuman 17,733,696.12
    Sumbangan Dan Bayaran Ganti 12,000,000.00
    HASIL BUKAN CUKAI 1,146,656,705.66
    Pulang Balik Perbelanjaan 19,932,499.87
    Terimaan Daripada lain Agensi Kerajaan 235,126,727.00
    TERIMAAN BUKAN HASIL 255,059,226.87
    JUMLAH HASIL 1,954,813,072.75

    (Sumber : Penyata Hasil C1 SPEKS)

Lampiran

Tiada Lampiran.