Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

45) PENDAPATAN PEKERJA LADANG

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan Kerajaan Selangor dalam usaha membantu pekerja-pekerja ladang berpendapatan rendah demi meningkatkan pendapatan mereka?

    Kerajaan Negeri senantiasa peka dan prihatin akan keperluan rakyat Selangor. Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang dirangka khusus untuk membantu pekerja

    – pekerja ladang di Negeri Selangor dalam pelbagai aspek sosial dan ekonomi bagi menentukan hala tuju dan mengharungi kehidupan yang semakin mencabar masa kini.

    Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang telah banyak membantu pekerja ladang dalam meringankan beban dalam arus pemodenan yang semakin berkembang pesat. Pembangunan ekonomi di kalangan pekerja ladang merupakan teras kepada kehidupan yang lebih selesa dan  terjamin di masa hadapan. Justeru itu, program – program yang dilaksanakan memberi tumpuan kepada pekerja ladang di Negeri Selangor dalam meningkatkan pendapatan sampingan mereka menerusi penganjuran program – program berbentuk kursus kemahiran jangka pendek seperti membuat kek, kelas jahitan, kelas solekan dan ceramah serta taklimat yang membantu meningkatkan keyakinan dan semangat di kalangan pekerja ladang untuk terus maju dan berdaya saing.

    Sektor pendidikan adalah satu faktor terpenting di dalam menjana pendapatan di masa akan datang. Oleh itu, Kerajaan Negeri telah mewujudkan banyak program-program di bawah Portfolio Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang dalam membantu anak pekerja ladang mendapatkan pendidikan yang sempurna seperti masyarakat yang lain. Salah satu program tersebut adalah Bantuan Yuran Pengajian. Program tersebut adalah satu program jangka panjang yang difikirkan boleh membantu anak pekerja ladang di peringkat akar umbi dalam usaha melahirkan rakyat yang berkualiti di mata masyarakat pada masa akan datang. Program berbentuk sumbangan ini adalah sebagai membantu anak pekerja ladang membayar sebahagian daripada yuran pengajian bagi meringankan ibu bapa penjaga mereka.

     

    Selaras dengan bantuan ini, Kerajaan Negeri berharap agar ianya memberi semangat kepada anak pekerja ladang untuk mengejar impian dan cita-cita agar dapat membantu keluarga mereka di masa akan datang. Selain itu, terdapat juga bantuan-bantuan lain seperti Hadiah Kecemerlangan UPSR, Sumbangan Subsidi Tambang Bas Sekolah, penganjuran program-program peningkatan pendidikan dan sebagainya. Program- sebegini sememangnya adalah satu jalan terbaik bagi melahirkan individu yang berjaya di masa akan datang untuk membantu keluarga mereka keluar dari kepompong kemiskinan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.