Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

144) PENDAWAIAN ELETRIK DI SEKOLAH AWAM

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Terdapat sekolah bantuan kerajaan yang mempunyai sistem pendawaian yang teruk dan beri risiko tinggi kepada kebakaran litar pintas. Adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan satu badan khas bagi menilai dan menyemak kembali sekolah sekolah ini supaya ianya selamat bagi murid-murid?

    Isu pendawaian elektrik di sekolah-sekolah memang merupakan isu yang kritikal. Jabatan Pendidikan Negeri Selangor sentiasa meletakkan isu pendawaian elektrik di sekolah sebagai keutamaan utama untuk ditangani. Untuk itu, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor telah memohon peruntukan bagi tahun 2020 bagi pendawaian elektrik sahaja sebanyak RM25 juta kepada Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menyelesaikan isu pendawaian. Jika diluluskan, Jabatan Kerja Raya selaku Jabatan Teknik akan melaksanakan pembaikan sekolah-sekolah.

     

    Sebagai makluman, Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor sentiasa melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan terhadap pendawaian elektrik di sekolah-sekolah. Jabatan Pendidikan Negeri Selangor percaya dan yakin Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor berkebolehan dalam memastikan isu pendawaian elektrik di sekolah-sekolah di Negeri Selangor ini berada di dalam keadaan yang baik.

Lampiran

Tiada Lampiran.