Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

169) PENDENGARAN AWAM CADANGAN PENYAHWARTAAN HUTAN SIMPAN KEKAL KUALA LANGAT UTARA (HSKKLU)

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah keluasan Hutan Simpan Kekal Kuala Langat Utara (HSKKLU) yang sebenar dan cadangan yang hendak dinyahwartakan?

    Setelah pengukuran halus dilaksanakan oleh Jurukur bertauliah yang dilantik, keluasan Hutan Simpan Kuala Langat Utara pada masa kini adalah berjumlah 1,254.64ha @ ±3,098.96 ekar. Daripada jumlah keluasan ini, seluas ±240ha @ ±592.8 ekar adalah merupakan Kg. Orang Asli Pulau Kempas dan ±6ha @ ±14.82 ekar adalah merupakan Kampung Orang Asli Bukit Kecil. Daripada jumlah tersebut, seluas ±991.90 ha @ ±2,450 ekar kawasan hutan simpan ini yang terlibat dengan cadangan pemansuhan Hutan Simpan Kuala Langat Utara.

Lampiran

Tiada Lampiran.