Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

134) PENDERAAN DAN PEMERDAGANGAN KANAK-KANAK

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah kes penderaan dan pemerdagangan kanak-kanak yang berlaku di Selangor dari tahun 2013-2015?

    POLIS DIRAJA MALAYSIA

     Statistik kes penderaan kanak-kanak yang berlaku di Selangor bagi tahun 2013 adalah sebanyak 70 kes telah dicatatkan manakala pada tahun 2014 sebanyak 100 kes telah dicatatkan dalam kes penderaan kanak-kanak. Untuk tahun 2015 telah mencatatkan sebanyak 70 kes penderaan kanak-kanak bagi tempoh Januari – September 2015. Berikut adalah statistik kes penderaan kanak-kanak bagi Kontinjen Selangor.

    PERKARA /

    TAHUN

    2013 2014 2015 (JAN – SEPT)
    JUMLAH KES 70 10 70

    Statistik kes pemerdagangan kanak-kanak yang berlaku di Selangor bagi tahun 2013 – 2014 tiada kes pemerdagangan yang dicatatkan manakala pada tahun 2015 tempoh bulan Januari – 15 Oktober terdapat 3 kes pemerdagangan kanak-kanak. Berikut adalah statistik kes pemerdagangan kanak-kanak bagi Kontinjen Selangor.

    PERKARA / TAHUN 2013 2014 2015 (JAN – 15 OKT)
    JUMLAH KES 0 0 3

    JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SELANGOR

    1. Berdasarkan statistik di Jadual 1, jumlah keseluruhan kes penderaan kanak- kanak bagi tahun 2013 sehingga Ogos 2015 di Negeri Selangor adalah sebanyak 3,424 kes.

    Jadual 1 : Bilangan Kes Penderaan Mengikut Daerah Bagi Tahun 2013 – 2015 (Sehingga Ogos)

     

    Daerah

    2013 2014 Jan. – Ogos 2015
    L P L P L P
    Petaling 73 122 93 137 91 91
    Subang Jaya 50 61 57 76 27 49
    Shah Alam 30 77 36 60 33 44
    Gombak 58 111 84 107 66 111
    Hulu Langat 60 115 81 123 73 101
    Klang 71 118 76 124 83 113
    Hulu Selangor 5 2 9 8 6 8
    Sabak Bernam 2 3 1 4 1 6
    Kuala Selangor 37 72 32 49 32 53
    Sepang 17 19 11 23 3 3
    Kuala Langat 10 29 16 48 6 27
    JUMLAH 413 729 496 759 421 606
    JUMLAH KESELURUHAN 1,142 1,255 1,027

    Sumber : Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor

    Bagi kes pemerdagangan kanak-kanak, JKM bertanggungjawab untuk menyediakan laporan sosial kanak-kanak yang disyaki menjadi mangsa pemerdagangan seperti mana dipohon oleh PDRM untuk dibicarakan di Mahkamah. Selain itu JKM turut berperanan untuk memberi perlindungan kepada kanak-kanak yang diperdagangkan dengan menempatkan mereka di Rumah Perlindungan yang disediakan. Statistik kes pemerdagangan kanak- kanak melalui penyediaan laporan sosial yang dipohon oleh PDRM adalah seperti di Jadual 2.

    Jadual 2 : Statistik Kes Pemerdagangan Kanak-Kanak Bagi Tahun 2013 – 2015 (sehingga Ogos) di Negeri Selangor

    Tahun Kanak-Kanak Lelaki Kanak-Kanak Perempuan
    2013 5 16
    2014 5 27
    2015

    (Jan – Ogos)

    3 23
    JUMLAH 13 66

    Sumber : Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor

Lampiran

Tiada Lampiran.