Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

53) PENDERAAN KANAK-KANAK

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kes penderaan kanak-kanak paling tinggi di Selangor. Apakah usaha pembaikan, pencelahan dan pencegahan yang telah dilaksana dan sedang dirancang?

    Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merupakan salah sebuah agensi yang dipertanggungjawabkan untuk menangani isu berkaitan penderaan kanak-kanak. Berdasarkan statistik pada Jadual 1, negeri Selangor merupakan antara negeri yang mempunyai kadar penderaan kanak-kanak tertinggi di Malaysia. Manakala Daerah Petaling merupakan daerah tertinggi mempunyai kes penderaan di negeri Selangor. Justeru, usaha menyelamat dan memberikan perlindungan kepada mereka merupakan agenda utama JKM. Pelbagai usaha secara bersepadu meliputi pembaikan, pencelahan dan pencegahan telah diambil bagi memastikan keselamatan dan kebajikan kanak-kanak terpelihara. Antaranya adalah seperti berikut :

     

    i)             Implementasi      Dasar     Kanak-Kanak     Negara     (DKKN)     dan                               Dasar Perlindungan Kanak-Kanak (DPKK) beserta dengan Pelan Tindakan.

     

    DKKN adalah satu dasar mengenai hak kelangsungan hidup (survival), perlindungan (protection), perkembangan (development) dan penyertaan (participation) kanak-kanak agar mereka dapat menikmati peluang dan ruang untuk mencapai perkembangan holistik dalam persekitaran yang kondusif.

    Manakala DPKK pula adalah satu dasar khusus bagi memastikan setiap kanak-kanak di negara ini mendapat perlindungan daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi. Di dalam DPKK ini penekanan diberikan kepada sistem saringan ke atas pekerja yang berurusan terus dengan kanak-kanak seperti pemandu bas sekolah, pekerja di kantin, penyelia asrama, tukang kebun sekolah, pengawal keselamatan, pekerja di institusi kanak-kanak dan sebagainya.

    ii)            Menyebarluas Perkhidmatan Talian Nur 15999

    Talian ini yang beroperasi 24 jam sehari boleh memberi perkhidmatan lebih mudah, pantas dan berkesan kepada orang ramai. Melalui talian ini masyarakat boleh melapor, mengadu, merujuk, memohon bantuan dan khidmat nasihat mengenai perkhidmatan JKM termasuk untuk kanak-kanak yang didera.

     

    • Talian Childline

    Childline telah diwujudkan sebagai perkhidmatan telefon khas untuk kanak- kanak untuk mereka menyalurkan sebarang pertanyaan, laporan dan aduan mengenai kanak-kanak. Childline ini telah dilancarkan pada 13 November 2010.

     

    iv)          Rumah Perlindungan bagi kanak-kanak

    Terdapat sebanyak enam (6) buah rumah perlindungan kanak-kanak  yang ada di bawah JKMN Selangor yang memberi perlindungan kepada kanak- kanak yang mangsa penderaan. Di dalam institusi ini kanak-kanak diberikan pakej perlindungan secara komprehensif dari aspek fizikal dan spiritual.  Antara perkhidmatan yang disediakan adalah pemeliharaan & perlindungan, bimbingan & kaunseling, pendidikan akademik, latihan vokasional, didikan agama & moral, riadah dan rawatan perubatan.

    v)            Pasukan Perlindungan Kanak-kanak Dan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK)

    Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak (PPKK) diwujudkan bertujuan menyelaraskan perkhidmatan-perkhidmatan setempat kepada keluarga dan kanak-kanak jika kanak-kanak memerlukan atau disyaki memerlukan perlindungan. Sehingga kini terdapat 11 buah PPKK di negeri Selangor. Manakala terdapat sebanyak 17 buah Pusat Aktiviti Kanak-Kanak yang berfungsi untuk melaksanakan program advokasi dan pencegahan seperti seminar, kelas tuisyen,bengkel, motivasi, bimbingan serta kaunseling.

    vi)          Perkhidmatan kaunseling

    JKM turut menyediakan perkhidmatan kaunseling di peringkat negeri dan daerah sebagai salah satu usaha untuk memberi bimbingan dan khidmat nasihat serta kaunseling kepada kanak-kanak dan keluarga kanak-kanak sebagai salah satu usaha sokongan kekeluargaan.

    vii)         Penubuhan Taska Komuniti@Taska 1Malaysia

    Taska Komuniti@Taska 1Malaysia adalah salah satu usaha JKM untuk membantu ibu bapa yang berpendapatan rendah mendapat jagaan yang selamat semasa ibu bapa keluar bekerja. Kanak-Kanak ini akan lebih selamat dan mendapat penjagaan yang berkualiti di Taska ini.  Sehingga kini terdapat 7 buah Taska Komuniti yang telah ditubuhkan d ibawah oleh JKMN Selangor.

     

    viii)        Bengkel Interaktif

    Bengkel interaktif yang dijalankan adalah melibatkan keluarga dan kanak- kanak bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang tanggungjawab dan peranan mereka terhadap penjagaan kanak-kanak selaras dengan keperluan Akta Kanak-Kanak 2001.

     

    ix)          Kempen, Program Kesedaran Dan Pencegahan

    Mengadakan kempen dan program kesedaran kepada ibu bapa, kanak-kanak dan masyarakat mengenai tanggungjawab masing-masing untuk menentukan keselamatan kanak-kanak. Contohnya Kemahiran Keibubapaan yang bertujuan memberi pendedahan kepada ibu bapa supaya mereka sentiasa bertanggungjawab ke atas keselamatan dan kesejahteraan anak mereka. Juga dijalankan Kempen Keselamatan kanak-kanak sama ada di rumah atau di sekolah dan lain-lain tempat yang sesuai.

     

    Jadual 2 : Statistik kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan Perlindungan Mengikut Daerah Dan Jantina Di Negeri Selangor Tahun 2012 sehingga Jun 2015

     

    Daerah

    2012 2013 2014 Jan – Jun 2015  

    Jumlah

    L P L P L P L P
    Petaling 66 121 73 122 93 137 79 75  

    766

    Subang Jaya 42 57 50 61 57 76 19 44  

    406

    Shah Alam 31 50 30 77 36 60 24 33  

    341

    Gombak 82 146 58 111 84 107 51 105  

    744

    Hulu Langat 81 120 60 115 81 123 55 74  

    709

    Klang 83 117 71 118 76 124 64 90  

    743

    Hulu Selangor 8 10 5 2 9 8 6 8  

    56

    Sabak Bernam 2 8 2 3 1 4 1 6  

    27

    Kuala Selangor 10 33 37 72 32 49 28 32  

    293

    Sepang 17 22 17 19 11 23 3 3  

    115

    Kuala Langat 17 10 10 29 16 48 6 19  

    155

    JUMLAH 439 694 413 729 496 759 336 489  
    JUMLAH

    KESELURUHAN

     

    1,133

     

    1,142

     

    1,255

     

    825

     

     

     

    Sumber : Jabatan Kebajikan Masyarakat

     

    Jadual 1 : Statistik kanak-kanak yang memerlukan Pemeliharaan dan Perlindungan Mengikut Negeri Dan Jantina Tahun 2010 Hingga 2013

    NEGERI 2010 2011 2012 2013 Jumlah Terkumpul
      L P J L P J L P J L P J
    JOHOR 89 155 244 87 96 183 71 91 162 66 71 137 726
    KEDAH 29 52 81 101 210 311 105 308 413 129 331 460 1265
    KELANTAN 9 45 54 15 16 31 10 35 45 27 66 93 223
    MELAKA 40 76 116 30 44 74 43 65 108 50 81 131 429
    NEGERI SEMBILAN 54 122 176 86 122 208 72 98 170 86 80 166 720
    PAHANG 36 110 146 56 104 160 29 115 144 51 117 168 618
    PERAK 68 229 297 76 210 286 73 214 287 93 259 352 1222
    PERLIS 19 74 93 16 81 97 24 70 94 16 49 65 349
    PULAU PINANG 29 50 79 89 133 222 67 120 187 78 116 194 682
    SABAH 14 17 31 12 14 26 19 28 47 16 21 37 141
    SARAWAK 38 124 162 0 0 0 46 110 156 93 126 219 537
    SELANGOR 394 658 1052 401 601 1002 439 694 1133 413 729 1142 4329
    TERENGGANU 8 65 73 18 46 64 32 42 74 23 81 104 315
    WP KUALA LUMPUR 192 461 653 266 449 715 257 554 811 314 535 849 3028
    WP LABUAN 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 2 2 2
    JUMLAH 1019 2238 3257 1253 2126 3379 1287 2544 3831 1455 2664 4119  

    14586

    JUMLAH KESELURUHAN 3257 3379 3831 4119

    Sumber : JKM

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.