Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

36) PENDIDIKAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan yang digunakan untuk program SPIES di negeri Selangor?

    Program Pembangunan Modal Insan SPIES merupakan salah satu landasan Kerajaan untuk melahirkan rakyat yang berkualiti dan berdaya saing. Oleh itu, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan tahunan yang besar berjumlah RM10 juta pada tahun 2009 bagi memastikan keberkesanan program. Peruntukan tersebut adalah meliputi keperluan bagi merancang dan melaksanakan program -program Pembangunan Modal Insan SPIES di Negeri Selangor sama ada melalui pelaksanaan kursus, bengkel, dan sebagainya.

    Antara program-program yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut :

    • Program kursus SPIES yang melibatkan semua lapisan masyarakat setiap daerah dan DUN di Negeri Selangor;
    • Program Pembangunan Modal Insan Penjawat Awam Negeri Selangor;
    • Seminar Mencegah Gejala Sosial Negeri Selangor Tahun 2009;
    • Bengkel Perancangan Strategik Pelaksanaan Program Pembangunan Moda Insan; dan
    • Program Alumni SPIES Kepimpinan Perdana Ketua-ketua Jabatan (DO/YDP).

Lampiran

Tiada Lampiran.