Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

156) PENDIDIKAN

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah agihan peruntukan pendidikan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri kepada rakyat Selangor?

    Sektor pendidikan memainkan peranan penting dalam memastikan generasi akan datang dapat menimba ilmu seiring dengan pembangunan Negeri Selangor. Oleh itu, Kerajaan Negeri telah menyediakan sejumlah besar peruntukan yang merangkumi pendidikan dan pendidikan

    Oleh itu, Kerajaan Negeri telah menyediakan bantuan pendidikan melalui program-program berikut iaitu :

    • Program Bantuan Sekolah dari tahun 2009 hingga 2017 peruntukan sebanyak RM124,000,000.00 telah dibelanjakan. Program ini merupakan bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah untuk penambahbaikan infrastruktur sekolah agar lebih kondusif dan permohonan terbuka untuk Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil, Sekolah Menengah Persendirian Cina, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan dan Sekolah

     

    • Program SKIM Tunas sebanyak RM24,010,000.00 telah diperuntukkan dari tahun 2012 hingga 2017. Program ini merupakan bantuan yuran tadika sebanyak RM50.00 sebulan kepada pelajar tadika yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan

    Selain itu bantuan pendidikan turut diberikan melalui Program Tuisyen Online dan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) dengan jumlah peruntukan masing-masing sebanyak RM29,800,000.00 dari tahun 2009 hingga 2017 dan RM3.9 juta bagi tahun

    Untuk sektor pendidikan daripada pendidikan awal sehingga menengah jumlah peruntukan yang disediakan adalah sebanyak RM37.9

    Selain itu, jumlah peruntukan pendidikan tinggi bagi hadiah pengajian masuk universiti sejumlah RM64,768,000.00 telah dibelanjakan dari tahun 2008 hingga tahun 2017. Manakala pada tahun 2015 Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif untuk memberi bantuan sara diri khas kepada anak Selangor yang menuntut di Universiti Selangor, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Antarabangsa INPENS dengan RM800.00 sebulan dan maksimum 3 bulan sahaja. Bagi tujuan tersebut sebanyak RM2,256,800.00 telah dibelanjakan.

    Di samping itu,bagi memastikan pembangunan mahasiswa seimbang dan suasana pembelajaran yang kondusif Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan pembangunan sebanyak RM95,600,946.06 bagi tujuan pembangunan pendidikan tinggi dari tahun 2009 hingga 2017 yang merangkumi menaik taraf fasiliti institut pengajian tinggi di bawah Kerajaan Negeri Selangor, program-program pembangunan mahasiswa, kajian dan sebagainya.

    Bagi meringankan beban kewangan anak-anak Selangor yang ingin menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi Kerajaan Negeri telah menyalurkan sebanyak RM139,936,934 dalam bentuk biasiswa, pinjaman pelajaran dan bantuan kewangan bagi tahun 2008 – 2017. Ini adalah kenaikan hampir 7 kali ganda berbanding dalam tempoh yang sama pada tahun 1998 – 2007 yang berjumlah RM21,111,716. Pertambahan bantuan pendidikan ini adalah atas inisiatif Kerajaan Negeri yang telah meningkatkan peruntukan bagi program pinjaman pelajaran sedia ada dan juga memperkenalkan program- program baru seperti berikut:

     

    • Program Khas Peduli Siswa
    • Program Khas Peduli Siswa Timur Tengah
    • Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar Selangor
    • Biasiswa Selangorku
    • Biasiswa Sagong Tasi
    • Biasiswa Selangor Brain Bank

     

    Selain itu, peningkatan prestasi kutipan bayaran balik pinjaman pelajaran juga telah membantu Kerajaan Negeri meningkatkan lagi jumlah pembiayaan pendidikan kepada rakyat Selangor.

    Melalui inisiatif-inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri ini ia dapat meningkatkan mutu pendidikan seiring dengan pembangunan di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.