Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

53) PENDIDIKAN DAN MODAL INSAN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan negeri bercadang untuk membina lebih banyak lagi sekolah agama Menengah dan Maahad Integrasi di setiap daerah?

    Kerajaan Negeri belum bercadang menambah bilangan Sekolah Agama Menengah (SAM) Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bercadang akan membina sebuah Maahad Intregrasi Tahfiz (MITS) bagi setiap daerah dan penubuhannya bergantung kepada kelulusan peruntukan emolumen tenaga pengajar, peruntukan makan murid- murid, bangunan sekolah, buku teks, pengawal keselamatan, pencuci bangunan & pembersih kawasan, kenderaan dan Pada  masa ini telah ada 3 buah Maahad Integrasi Tahfiz Kerajaan Negeri Selangor iaitu MITS Kuala Langat, MITS Klang dan MITS Sabak Bernam.

Lampiran

Tiada Lampiran.