Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

262) PENDIDIKAN HAK ASASI MANUSIA MELALUI FREEDOM FILM FESTIVAL (FFF2015)

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan kerajaan dalam pendidikan hak asasi manusia rakyat Selangor yang dilaksanakan melalui platform FFF2015?

    Kerajaan Negeri Selangor tiada perancangan khusus setakat ini dalam pendidikan hak asasi manusia rakyat Selangor. Pelaksanaan FreedomFilm Festival (FFF) bagaimanapun merupakan salah satu inisiatif pendidikan hak asasi manusia oleh Kerajaan Negeri dalam konteks “Membudayakan Masyarakat Prihatin” dengan kerjasama pihak NGO seperti Pusat Komunikasi Masyarakat (Pusat KOMAS) atau lebih dikenali sebagai KOMASmelalui penganjuran pertandingan filem-filem pendek berkaitan hak asasi manusia di dalam FFF.

Lampiran

Tiada Lampiran.