Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

31) PENDIDIKAN KHUSUS TVET

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah ada usaha dari kerajaan untuk memberikan pendidikan TVET khusus bagi para pelajar yang gagal dalam akademik?

    Berikut adalah usaha dari kerajaan:

    1. Program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS) merupakan salah satu langkah proaktif yang diambil oleh kerajaan negeri dalam melatih para pelajar bagi meningkatkan ekonomi dan kebolehpasaran lepasan sekolah dan graduan di Negeri Selangor.
    2. Melalui Program IKTISASS pelbagai bidang latihan yang ditawarkan merangkumi semua lapisan termasuk lepasan sekolah dan graduan dengan kerjasama institusi latihan kemahiran, pihak industri dan kerajaan negeri. Program ini memberi fokus kepada 3 tahap bidang latihan iaitu industri di tahap rendah, sederhana dan industri berimpak tinggi.
    3. Pada masa kini kerajaan negeri telah melaksanakan Program IKTISASS dengan kerjasama Kolej Antarabangsa INPENS dengan memberi tawaran kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dengan syarat yang minimun untuk menyambung pengajian dalam bidang kemahiran.
    4. Walau bagaimana pun, melalui Jawatankuasa Teknikal IKTISASS di bawah Jawatankuasa tetap pendidikan dalam proses penyediaan ekosistem pendidikan IKTISASS di Negeri Selangor dan dijangka siap pada tahun 2020. Ekosistem IKTISASS yang merangkumi 3 elemen penting iaitu Industri, Institut Pendidikan Kemahiran dan Kerajaan Negeri di gabung jalinkan bagi memastikan program ini memberi impak kepada pembangunan sumber manusia dan seterusnya memacu ekonomi di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.