Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

254) PENDIDIKAN SIVIK SELEPAS HAD UMUR MENGUNDI DITURUNKAN KE 18 TAHUN

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk memperkasakan belia dari aspek pendidikan sivik selepas had umur mengundi diturunkan ke 18 tahun?

    1. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor tiada mempunyai sebarang pendekatan spesifik dalam memberi pendidikan sivik kepada generasi belia selepas had umur mengundi diturunkan ke 18 tahun.

     

    1. Walau bagaimanapun, pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor sentiasa memberikan tumpuan kepada pembentukan sahsiah dan jati diri generasi muda            di dalam setiap penganjuran program. Antaranya seperti :

     

    • Sekolah Rukun Negara Peringkat Negeri Selangor

              Program ini memfokuskan kepada memberi kesedaran tentang         kepentingan semangat kenegaraan, patriotisme, nilai-nilai politik dan tadbir    urus negara dalam kalangan generasi muda

     

    Program ini telah mendapat kerjasama daripada pihak Akademi Pilihan Raya Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

     

    • Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda

    Program yang menitikberatkan kepada peningkatan dan pembentukan diri remaja secara holistik serta mencabar kemampuan diri sendiri melalui 4 komponen utama iaitu Penjelajahan Lasak, Khidmat Komuniti, Rekreasi Fizikal dan Kemahiran untuk tempoh 6 bulan hingga setahun sebelum dianugerahkan pingat Gangsa, Perak atau Emas.

     

    Program ini adalah merupakan program yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan hampir 150 buah negara turut melaksanakannya serta mendapat kerjasama daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

     

    • Program Rakan Muda Aktif

    Program ini merupakan program yang diberi nafas baru sebagai platform untuk menarikminat anak muda tentang aktiviti masa kini berteraskan minat dan kesukaan mereka.

     

    Program ini melibatkan 5 teras utama gaya hidup dan memberikan penekanan kepada elemen pembangunan diri golongan muda dan pembentukan modal insan iaitu Rakan Cinta Alam (ekspedisi, eksplorasi, perkhemahan dan peerokaan alam), Rakan Masyarakat (gotong-royong, khidmat sosial dan masyarakat), Rakan Kecergasan (sukan, rekreasi dan kecergasan), Rakan Inovasi (reka cipta, kreativiti dan teknologi siber) dan Rakan Seni Budaya (tarian, nyanyian, muzik, lakonan dan teater).

     

     

    • Rakan Muda diHati

    Program ini diadakan sepanjang bulan Ramadan dengan beberapa pengisian aktiviti seperti bertadarus Al-Quran, tazkirah dan solat tarawih bertujuan memberikan input kerohanian kepada generasi muda agar sentiasa mengamalkan ajaran Al-Quran dan Sunnah serta mengeratkan persaudaraan serta ukhuwah golongan muda.

     

    Program yang melibatkan komuniti setempat ini juga dilihat mampu mendidik dan menjentik jiwa generasi muda untuk mendekatkan diri dengan masyarakat.

     

    • Rakan Muda GR

    Program ini bertujuan untuk menyediakan platform kepada para remaja/belia melaksanakan aktiviti kesukarelawanan secara sistematik dan teratur tanpa mengira bangsa dan agama dalam melaksanakan kerja-kerja kesukarelaan.

     

    GR membawa maksud aktiviti Gotong Royong yang dilaksanakan di lokasi pedalaman (Go Rural) yang melibatkan peserta di Grass Root. Program ini amat menarik kerana mempunyai pendekatan berbeza dan memiliki tema untuk dilaksanakan pada setiap bulan iaitu:

    • Bulan Pertama –           Orang Asli / Pelarian / Tanpa Kerakyatan (stateless)
    • Bulan Kedua –           Rumah-rumah Ibadat
    • Bulan Ketiga –           Rumah Orang Kelainan Upaya / Anak Yatim /                                                                   Gelandangan
    • Bulan Keempat –           Pusat Rekreasi / Taman-Taman Awam / Alam

    Sekitar / Alam Semula Jadi

    • Bulan Kelima –           Haiwan /  Hidupan Liar / Hidupan Laut

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.