Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

325) PENDIDIKAN : SPIES, TUNAS & TAWAS

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah program SPIES, TUNAS & TAWAS yang telah dijalankan mencapai objektif dan membawa kesan kepada Kerajaan Negeri?

    1. Sehingga kini, sejumlah 154,017 pendaftaran telah diluluskan daripada 178,195 permohonan. Antara aktiviti yang dijalankan seperti:

     

    1. Seramai 14,381 ahli TAWAS telah menikmati manfaat baucer membeli- belah bernilai RM100 untuk program ‘Jom Shopping Bonus Selangorku’ yang dikhususkan kepada ahli TAWAS kelahiran 2008 pada tahun
    2. Selain dari itu, bonus sebanyak RM30 diperuntukkan kepada ahli TAWAS kelahiran 2009 &
    • YAWAS juga telah memperoleh kelulusan pengecualian cukai pendapatan.
    1. Sehingga 19hb November 2014, sejumlah 35,212 penyata telah diserahkan kepada ahli TAWAS berdasarkan program kerjasama bersama PKM Dun, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Tanah Daerah (PTD).
    2. YAWAS telah memperkenalkan Skim Khairat Kematian YAWAS, dimana kematian yang berlaku pada 1hb Mac 2014 YAWAS akan membayar RM1500 kepada waris ahli TAWAS dan ianya telah dinikmati seramai 27 waris ahli TAWAS sehingga
    3. Terbaru dari YAWAS adalah Program Bantuan Masuk Sekolah merupakan pemberian baucer RM50 kepada ahli TAWAS kelahiran 2008 yang telah dirasmikan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor pada 16hb November 2014 dan seramai 218 ahli TAWAS telah menikmati manfaat ini.

     

    Berdasarkan pencapaian di atas, YAWAS telah mencapai objektif dan secara keseluruhannya seramai 58,632 orang ahli TAWAS yang juga merupakan rakyat Selangor telah menikmati manfaat TAWAS.

Lampiran

Tiada Lampiran.