Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

205) PENDIDIKAN STEM DAN VOKASIONAL

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam menggalakkan para pelajar cemerlang dalam Pendidikan STEM dan vokasional?

    Usaha Kerajaan Negeri dalam menggalakkan para Pelajar cemerlan dalam pendidiian STEM dan Vokasional adalah melalui beberapa program yang telah dirancang iaitu :

    • Program Mono Teater STEM.

    Program ini merupakan program yang berkonsepkan “coaching” dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Persatuan STEM Kebangsaan. Program ini menghimpunkan para Pelajar dan akan membantu mereka melaksankan aktiviti inovasi berdasarkan minat dan kecenderungan mereka. Mereka akan dibimbing oleh tenaga pengajar daripada Institusi Pengajian Tinggi seperti Universiti Malaya, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Selangor, UITM, USIM dan pelabagai lagi.

    • Program Pembangunan Guru STEM

    Program ini merupakan program peningkatan kemahiran guru yang dilaksanakan dengan pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor bagi sekolah-sekolah di bawah kelolaan JAIS. Program ini akan membantu para guru untuk meningkatkan kemahiran pengajaran guru-guru untuk meningkatkan pembelajaran secara interaktif dan berkekasan agar minat Pelajar kepada mata pelajaran dalam STEM mengalami peningkatan.

    • Program Inovasi Pendidikan

    Program ini dilaksanakan dalam bentuk coaching dan latihan yang berterusan untuk membudayakan inovasi dan memperkasa kemahiran para Pelajar dalam STEM. Selain coaching program berbentuk pertandingan inovasi turut diadakan. Program ini turut melibatkan para guru untuk inovasi alat bantuan mengajar di kelas. Program dalam bentuk pertandingan dilaksanakan untuk menonjolkan tahap penguasaan dan kemahiran setelah latihan diberikan.

Lampiran

Tiada Lampiran.