Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

287) PENDIDIKAN TAHFIZ SELANGOR SAMADA INISIATIF KERAJAAN ATAUPUN SWASTA

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri pada tahun ini bagi terus memperkasakannya?

    1. Perancangan Kerajaan Negeri pada tahun ini bagi terus memperkasakan pendidikan tahfiz Selangor adalah :

     

    • Pembukaan maahad tahfiz yang ke 5 oleh JAIS di Pandan Indah, Hulu Langat yang akan mula mengambil pelajar pada tahun 2021.
    • Pelajar tahfiz swasta diurus untuk mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara fast track yang telah bermula pada tahun 2019 dengan menggunakan peruntukan sebanyak RM 1.9 juta dari Kerajaan Negeri.
    • Memberi peluang kepada pelajar-pelajar tahfiz swasta untuk turut serta dalam kejohanan sukan skolah-sekolah agama peringkat Negeri Selangor.
    • JAIS menyalurkan bantuan pembangunan dan baik pulih kepada maahad tahfiz swasta dalam membantu menyediakan prasarana yang selesa dan kondusif. Sumber-sumbernya datang dari kerajaan pusat, Kerajaan Negeri, Lembaga Zakat Selangor dan GLC Negeri Selangor.
    • Pemutihan sekolah-sekolah tahfiz swasta dari sudut pendaftaran, silibus dan latihan guru-guru.
    • Pemantauan secara berkala oleh JAIS terhadap sekolah-sekolah tahfiz swasta dipertingkatkan.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.