Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

93) PENDUDUK KOTA KEMUNING MASIH BERTANYA TENTANG RAMP MENGHUBUNGKAN PERSIARAN ANGGERIK MALAXIS DAN PERSIARAN ANGGERIK MOKARA KOTA KEMUNING

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah punca ramp ini tidak dibina, walaupun ianya ada dalam pelan susun atur MBSA Tahun 1996?

    Perkara Yang Dipertimbangkan Bagi Pindaan Jalan Susur Keluar/

    Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat pada 26hb Mei, 2009 telah meluluskan pindaan penyediaan ‘ramp’ susur keluar/masuk tersebut dan pertimbangan telah diberi berdasarkan penilaian terhadap Laporan Kesan Nilaian Lalulintas (TIA) yang disediakan perunding TIA yang telah dilantik oleh pemaju iaitu Perunding KI Intergrated atas pertimbangan bahawa:-

    1. Ulasan KESAS

    Perbincangan asal dengan pihak KESAS yang meminta Majlis/pemaju mengkaji semula cadangan jalan susur kerana jarak antara simpang dan lebuhraya KESAS yang dicadangkan adalah terlalu pendek yang boleh menyebabkan ‘que’ yang panjang dilebuhraya.

    Majlis telah meminda jalan keluar ke tapak pembangunan Kemuning Utama yang asalnya tiada disebabkan oleh komitmen MBSA kepada pihak pemaju (Tetuan Paramount Sdn Bhd) supaya pihaknya menyumbang bayaran pembinaan 2nd interchange sebanyak RM 5,977,248.69 juta. Pihak pemaju telah menjelaskan bayaran tersebut dengan syarat dia mendapat akses terus ke 1st interchange dan perkara ini telah dimaktubkan dalam perjanjian yang ditandatangani oleh MBSA dan pemaju.

    1. Jajaran Lebuhraya Baru

    Penyediaan jalan susur ini akan mengurangkan kelancaran lalulintas memandangkan rizab jalan 200 kaki (Persiaran Anggerik Mokara) ini dirancangkan sebagai jajaran lebuhraya yang menghubungkan Lebuhraya

    KESAS di utara dan SKVE di selatan yang menyambungkan ke pembangunan Canal City di sempadan Shah Alam dalam kawasan Kuala Langat.

    • Isipadu Lalu Lintas

    Isipadu lalulintas yang berkurangan memandangkan cadangan asal plot cadangan komersial Kota Kemuning telah dipinda kepada cadangan kediaman.

    1. Kedudukan Simpang

    Kedudukan simpang antara cadangan ‘ramp’ yang menghubungkan Persiaran Anggerik Mokara dengan Persiaran Anggerik Malaxis (utara tapak cadangan) dan persimpangan bulatan yang menghubungkan Persiaran Anggerik Mokara dan Persiaran Anggerik Vanilla di selatan tapak adalah terlalu dekat dan hanyalah lebih kurang 300 meter sahaja.

    Pihak KESAS menyarankan supaya persimpangan baru tidak dibenarkan dan hendaklah diunjurkan sehingga ke bulatan pertama Persiaran Anggerik Mokara.

    1. Kelulusan Pembangunan Kemuning Utama

    Majlis juga telah meluluskan laluan susur masuk dan keluar ke pembangunan Kemuning Utama yang juga dihubungkan melalui Persiaran Anggerik Mokara dan cadangan persimpangan keluar/masuk yang dicadangkan membenarkan kenderaan membuat pusingan ‘U’ di bulatan persimpangan Persiaran Anggerik Mokara ke Jalan Anggerik Vanilla.

    1. Jarak Persimpangan

    Jarak persimpangan yang terlalu pendek akan menyumbang kepada kesesakan lalulintas yang disebabkan kenderaan keluar masuk daripada Persiaran Anggerik Mokara untuk ke Persiaran Anggerik Vanilla dan kenderaan yang datang dari arah pembangunan Kemuning Utama untuk ke Jalan Anggerik Mokara.

    Persiaran Anggerik Mokara merupakan jalan utama ke kawasan pembangunan Kota Kemuning dan Kemuning Utama, jarak persimpangan keluar/masuk yang terlalu hampir dengan kawasan pembangunan yang sibuk boleh membahayakan pengguna jalanraya.

    Tindakan Majlis: –

    Hasil daripada kajian telah dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur dan Bangunan kali ke 10/2015 yang diadakan pada 22 Oktober 2015 oleh pihak IKRAM mendapati jika cadangan pembinaan ramp susur  masuk ke Persiaran Malaxis dari Persiaran Anggerik Mokara diteruskan akan menyebabkan implikasi kelancaran terganggu di laluan jalan dalam Pusat Daerah Kota Kemuning.

    Pihak Majlis akan melaksanakan kerja-kerja menaiktaraf bulatan beserta lampu isyarat (FASA 1) yang dijangkakan bermula pada pertengahan 2016 dan membina flyover (FASA 2) bermula pada awal Tahun 2017.

    Kajian semula penyediaan ramp dari Persiaran Mokara ke Persiaran Malaxis akan hanya dibuat selepas mengambil kira keberkesanan aliran lalulintas menerusi kerja-kerja menaiktaraf bulatan pertama yang dijalankan untuk Fasa 1 dan Fasa 2.

Lampiran

Tiada Lampiran.