Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

60) PENEMPATAN BERKELOMPOK ASNAF MUALLAF DESA AL MANSURIAH DENGKIL

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah pihak Kerajaan Negeri maklum mengenai pusat penempatan berkelompok Asnaf Muallaf ini?

    a , b) dan c)

     

    Penempatan Desa Al Mansuriah di Dengkil merupakan penempatan asnaf Mualaf kendalian Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Mualaf MAIS dan penempatan asnaf Fakir Miskin kendalian Lembaga Zakat Selangor (LZS).

    Memandangkan penempatan ini bercampur, penyelenggaraan rumah-rumah penghuni diambil tanggungjawab oleh pengendali mengikut asnaf masing-masing. Syarat guna tanah penempatan ini adalah Tanah Pertanian dan bukannya Tanah Bangunan, maka MAIS melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Projek memutuskan agar rumah- rumah berkenaan dibaik pulih secara asas sahaja.

Lampiran

Tiada Lampiran.